"ALLAH TIDAK MENYULITKAN KAMU TETAPI DIA HENDAK MEMBERSIHKAN KAMU DAN MENYEMPURNAKAN NIKMAT-NYA BAGIMU SUPAYA KAMU BERSYUKUR
(AL MAIDAH :06)

Wednesday, March 16, 2011

saad bin mu'az..

kisah sahabat Rasulullah iaitu Saad Bin Muaz. Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memartabatkan Islam dan memerdekakan negara di muka bumi Allah ini. Berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu sepuluh ringgit untuk top-up hanset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini....... inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam kita sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita juga sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

““berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana
mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya
generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang
akan angan2nya”

Renung-renungkanlah......

No comments: